Di waktu santai, pastinya anda ingin bersuka ria bersama rakan-rakan atau bersama kekasih. Tetapi, anda lelaki yang sukar untuk mendapatkan teman wanita atau kekasih yang sehati sejiwa.
Anda pula cukup malu untuk mendekati perempuan, apa lagi membuka mulut untuk mengajaknya keluar! Bagaimanapun, tip di bawah ini mungkin boleh membantu.
1. Kenal pasti gadis idaman
Sebagai lelaki anda perlu memulakan langkah pertama. Beranikan diri bergaul dan berkenalan dengan ramai gadis sebelum membuat pilihan.
Anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan perlulah mengawasi gerak-gerinya. Tapi janganlah anda mengekorinya sehingga ke depan rumah!
2. Selidik latar belakang
Apabila bertemu dengan gadis diminati, anda perlu melakukan sedikit ‘penyiasatan’. Selidik latar belakangnya sama ada dia sesuai atau tidak, siapa keluarganya dan paling penting, adakah dia sudah berpunya.
Caranya, anda boleh bertanya kepada rakan-rakan gadis berkenaan.
3. Pastikan dia tahu kehadiran anda
Anda sudah pun bertemu dengan bakal teman wanita. Perlu diingat anda tidak akan dapat mendekati gadis impian melainkan anda menegurnya.
Mulakan dengan senyuman sebagai langkah pertama. Bagaimanapun anda tidak digalakkan merenung gadis itu terlalu lama kerana ia boleh membuatkan dia mempunyai prasangka negatif.
Selain itu, anda perlu berlagak biasa dan jangan cuba untuk berlagak ‘macho’ atau seksi kerana ia juga boleh membuatkan gadis itu meluat.
4. Biar dia tahu anda menyukainya
Berlagak biasa tetapi berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk agar tidak menyinggung perasaannya.
Anda juga boleh mengatur temu janji seperti makan malam atau menonton wayang. Namun, lebih baik bertanya si gadis ke mana dia ingin pergi agar lebih selesa.
Apabila anda berdua sudah semakin selesa dan serasi inilah masanya untuk menonjolkan sikap ‘gentleman’ dan berterus terang.
Sumber : unknown
0 comments:
Post a Comment